Langkawi, 21 Ogos 2023 – LADA telah menerima lawatan dari Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC), Majlis Perbandaran Manjung yang ingin mendapatkan perkongsian berkenaan fungsi jabatan dan pembangunan di Pulau Langkawi.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA. Turut hadir bersama wakil Bahagian Pelaburan dan Bahagian Perancangan, Puan Lina Azlina binti Zali dan Puan Yusazlinda binti Yusof.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. UPPBC baru ditubuhkan di bawah Majlis Perbandaran Manjung bagi menguruskan pembangunan di kawasan Pulau Pangkor, Perak.