Langkawi, 27 Ogos 2023 – LADA telah menerima lawatan kerja dari Perbadanan Putrajaya (PPj) yang ingin mendapatkan perkongsian berkenaan pengurusan aset Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Sesi perkongsian berkenaan Langkawi UNESCO Global Geopark disampaikan oleh Encik Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Penolong Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA. Taklimat berkenaan pengurusan aset-aset tidak alih LADA disampaikan oleh Penolong Pengurus Seksyen Pengurusan Aset, LADA iaitu Encik Muhammad Khairi bin Azizan.

Lawatan delegasi diketuai oleh Puan Suhaila binti Eleas, Naib Presiden PPj.