Pihak MBSJ telah mengadakan lawatan ke LADA pada 27 September 2023 seramai 26 orang. Kedua agensi telah bertukar pandangan berkaitan amalan terbaik (best practices) yang dilaksanakan oleh kedua agensi. Delegasi MBSJ telah diketuai oleh Puan Sr. Hasnor Salwa Binti Harun, Penolong Pengarah Kanan (Penilaian), Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBSJ. Manakala taklimat jabatan berkaitan fungsi LADA telah disampaikan oleh En. Mohammad Shauqi bin Md Rezali , Penolong Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA.

Turut hadir menyantuni delegasi ialah Puan Lina Azlina binti Zali, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA. Semoga ukhwah yang terjalin antara agensi akan berterusan.

#JomLangkawi
#langkawi
#ladalangkawi
#lada
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#MalaysiaMadani
#naturallylangkawi
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
Majlis Bandaraya Subang Jaya