Majlis Penyerahan Jeti Pelancongan Teluk Mempelam dan Jeti Pelancongan Gua Langsir, Langkawi telah berlangsung pada 30 Julai 2023 di Amphitheather, Geopark Discovery Centre. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah kepada wakil LADA iaitu Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurusan. Pembinaan Jeti Pelancongan Teluk Mempelam telah bermula pada 11 November 2020 dan siap pada 27 Jun 2023. Manakala Jeti Pelancongan Gua Langsir pula telah bermula pada 3 November 2021 dan siap pada 30 Mei 2023 yang lalu.

Pembinaan semula kedua-dua jeti ini merupakan touch point kepada komuniti setempat terutama kepada Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dan Komuniti di Tanjung Rhu Langkawi yang menguruskan salah satu produk ekopelancongan di sekitar Kawasan Kilim Karst Geoforest Park sebagai mata pencarian utama penduduk Kampung Kilim ini. Selain itu, kemudahan ini akan menguatkan lagi kedudukan Langkawi sebagai destinasi ekopelancongan terutamanya di Kawasan kilim karst geoforest park serta meningkatkan tahap keselamatan kepada pelancong dan penduduk tempatan.