Program IGSC (Idaman Geosite Clean Up) kali kedua bagi tahun 2024 telah berlangsung pada 20 Januari 2024. Program yang melibatkan 90 orang peserta ini terdiri daripada pelajar dan pensyarah dengan sukarelanya melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan sampah di kawasan Air Terjun Temurun.

Dianggarkan sebanyak 600 kg sampah berjaya dikumpulkan oleh para peserta. Program IGSC yang dianjurkan oleh LADA pada setiap minggu ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan sampah-sampah terbuang yang terdapat di kawasan sekitar Langkawi UNESCO Global Geopark agar pulau ini sentiasa terpelihara dan kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk tempatan.

Semoga dengan usaha dan kerjasama seperti ini, keindahan dan kecantikkan Langkawi UNESCO Global Geopark dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.

#igsc #idamangeositecleanup #airterjuntemurun #langkawigeopark #langkawiUNESCOglobalgeopark #naturallylangkawi