Program IGSC (Idaman Geosite Clean Up) kali pertama bagi pembukaan tahun 2024 telah berlangsung pada 13 Januari 2024. Program ini melibatkan 58 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar (Instructor) dengan sukarelanya melakukan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan sampah hanyut di sekitar Teluk Dalam, Pulau Langgun.

Dianggarkan, sebanyak 170 kg sampah hanyut berjaya dikumpulkan oleh para peserta program ini. Program IGSC yang dianjurkan oleh LADA pada setiap minggu ini merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan sampah-sampah hanyut yang terdapat di perairan Langkawi UNESCO Global Geopark agar pulau ini sentiasa terpelihara dan kekal cantik untuk keselesaan pelancong dan penduduk tempatan.

Semoga dengan usaha dan kerjasama seperti ini, keindahan dan kecantikkan Langkawi UNESCO Global Geopark dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.

E-Idaman Sdn Bhd Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp Paskam Unimap #igsc #idamangeositecleanup #telukdalampulaulanggun #langkawigeopark #langkawiUNESCOglobalgeopark #naturallylangkawi #langkawibestwey
#BRINGBACKYOURTRASH #kalaubukankitasiapalagi #apmm