8 Disember 2023 (Jumaat) – Bengkel Pemantapan Pentadbir Sistem HRMIS bagi SubModul MyPortfolio LADA telah diadakan pada 6-8 Disember 2023 bertempat di The Jerai Hill Resort.

Bengkel yang julung kali diadakan dengan kerjasama Seksyen Penarafan dan Tadbir Urus, Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan Malaysia telah dikendalikan oleh En. Booi Chong Leng dan Pn. Nazila binti Mat Salleh yang merupakan champion myportfolio HRMIS.

Melalui penganjuran bengkel ini diharapkan dapat membantu LADA mencapai sasaran 100% pengisian modul MyPortfolio HRMIS menjelang Jun 2024.

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp