7 Disember 2023 (Khamis) – Unit Integriti LADA telah menganjurkan Program Bicara Integriti: “Integriti di Mana Jua, Toleransi Sifar Terhadap Rasuah”yang disertai seramai 70 orang Warga Kerja LADA, Warga Kerja Anak Syarikat LADA dan Penjawat Awam Agensi Kerajaan di Langkawi.

Penceramah jemputan adalah daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman iaitu YBrs. Tuan SAC Afandi Bin Senin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian (Tadbir Urus/Kepolisan Am). Penganjuran program ini sebagai sokongan kepada Kerajaan dalam membanteras salah laku integriti dan rasuah di kalangan penjawat awam demi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada komuniti Langkawi. Perkongsian pengalaman dan ilmu berkaitan pengurusan integriti sedikit sebanyak memberi buah fikiran kepada LADA dalam menjayakan agenda pemantapan integriti kelak.

#SambutanHINdanHARA2023 #lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp