19 November 2023 (Ahad) – LADA menerusi Unit Undang-undang telah menganjurkan Program Libat Urus Strategik LADA Bersama Agensi-agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Langkawi iaitu Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi (PTDL), Mahkamah Seksyen dan Majistret Langkawi bertempat di Pulau Tuba.

Program ini telah dihadiri oleh 20 orang jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Unit Undang-undang LADA, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kawalan Bangunan MPLBP, Pegawai-pegawai daripada Unit Undang-undang, Jabatan Pendaftaran dan Bahagian Teknikal PTDL serta Pegawai Kehakiman daripada Kompleks Mahkamah Seksyen dan Majistret Langkawi.

Penganjuran program libat urus strategik ini merupakan salah satu inisiatif LADA untuk mewujudkan jaringan dan mengeratkan hubungan kerjasama strategik Unit Undang-undang LADA bersama agensi-agensi berkaitan peringkat Persekutuan dan Negeri di Langkawi yang telah sedia terjalin.

Ia juga bertujuan untuk membincangkan isu-isu terkini dan kerja-kerja perundangan serta menjadi medium kepada pihak-pihak untuk bertukar-bertukar pandangan dan pendapat serta perkongsian khususnya berkaitan tadbir urus dan isu-isu semasa perundangan dalam usaha memantapkan lagi pentadbiran perundangan di Langkawi dan LADA.

Semoga hubungan ini akan terus terjalin demi memantapkan pentadbiran perundangan untuk kesejahteraan agensi dan penduduk Langkawi.

#lada
#langkawi
#lembagapembangunanlangkawi
#langkawibangkit
#kitajagakita
#kalaubukankitasiapalagi
#malaysia
#malaysiamadani