Program realiti tv ini yang merupakan kerjasama antara LADA, Tourpro Malaysia, JTBC TV dan Carrier, bertujuan untuk mempromosikan segment golf tourism di Langkawi kepada pasaran Korea Selatan.

Program ini melibatkan penggambaran 12 orang pemain golf wanita merebut 4 tempat teratas dan pelbagai hadiah sampingan yang lain.

Selain memaparkan Langkawi sebagai destinasi golf bertaraf antarabangsa, program ini juga mempromosikan produk pelancongan yg menarik di Langkawi kepada masyarakat Korea Selatan.

Program ini dijangka akan ditayangkan di JTBC TV iaitu antara stesyen televisyen yang berpengaruh di Korea Selatan pada sukuan pertama 2020.

Majlis Makan Malam Gala & Penyampaian Hadiah kepada pemenang yang telah diadakan pada harini, 19hb Dis 2019, di Goldsands telah dihadiri oleh Presiden Carrier Korea Selatan, Mr Kang Sung Hee dan Mr Eddie Lee, pemilik Syarikat Tourpro.

Syarikat Tourpro, juga telah meninjau dan berminat untuk mengadakan Charter Flight dari Korea Selatan ke Langkawi pada tahun hadapan.