8 – 10 Disember 2023 (Jumaat – Ahad) – LADA telah menghadiri majlis penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani pada 10 Disember 2023 di Perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) telah menganjurkan program tersebut.

Program ini melibatkan penyertaan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan peringkat persekutuan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan semua pemegang taruh dari pelbagai peringkat. Pencapaian dan kejayaan Kerajaan Madani selama 1 tahun telah dipamerkan dan dikongsi dalam program tersebut.

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp