9 Januari 2024 | Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menerima kehadiran YBhg Prof.Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo bagi tujuan berkongsi taklimat ringkas berkenaan Langkawi UNESCO Global Geopark kepada YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid.

Perjumpaan ini merupakan pertemuan pertama di antara Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan Penasihat Langkawi UNESCO Global Geopark pada tahun ini.

Taklimat yang disampaikan menjurus kepada pembentukan, pembangunan dan perancangan kepada Langkawi UNESCO Global Geopark bagi tempoh 5 tahun akan datang.

LUGGp akan mengorak langkah ke arah pembangunan lestari berlandaskan wawasan yang telah ditetapkan di dalam Blueprint Langkawi UNESCO Global Geopark 2024-2028.

#LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #LangkawiBestWey