Pada 22 November 2023 (Rabu) – LADA telah bekerjasama dengan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk menganjurkan ‘Kempen Derma Darah’ bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA.
Program ini diadakan bersempena Bulan Integriti Nasional 2023 merupakan sebahagian inisiatif LADA untuk menyokong keperluan tabung darah negara bagi keperluan pesakit yang memerlukan.
Program ini menerima sambutan yang menggalakkan apabila seramai 52 orang individu yang terdiri daripada warga kerja LADA, agensi kerajaan serta orang ramai telah menyertai program ini.
LADA mengambil kesempatan ini merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Hospital Sultanah Maliha serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini.