11 Disember 2023 | Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Program Geologi For Non-Geologist di Langkawi UNESCO Global Geopark Sesi 1/2023.

Pembukaan program ini telah diserikan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengurus Bahagian Pelancongan, Cik Nordiana Nordin dan sesi selanjutnya di teruskan dengan perkongsian ilmu geologi oleh fasilitator yang berpengalaman dalam bidang geologi iaitu Dr Che Aziz Ali dan Dr Kamal Roslan Mohamed di Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC).

Program ini diadakan sebagai pendekatan idea bagi menonjolkan potensi ilmu geologi terhadap masyarakat umum dan tidak terhad kepada ahli geologi profesional sahaja. Ia juga bertujuan memberikan pemahaman ideal dengan kaedah penyampaian yang berkesan kepada orang ramai akan maklumat geologi supaya kefahaman berkaitan LUGGp dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sesi ini melibatkan hampir 30 peserta yang terdiri daripada kakitangan LADA, Geopark Partner, Geopark Ambassador dan beberapa agensi seperti Tourism Malaysia serta Langkawi Tourism Academy. Program ini dijadualkan akan berlangsung selama 3 hari di geotapak terpilih sekitar Langkawi UNESCO Global Geopark.

#LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #LangkawiBestWey #GeologyForNonGeologist2023