15 Disember 2023 (Jumaat) – Kapal persiaran mewah Mein Schiff 5 membawa seramai 2,400 penumpang dan 1,000 krew ini telah mendarat di Langkawi Cruise Terminal dari jam 9.00 pagi & dijangka belayar keluar ke Pulau Pinang pada jam 10.00 malam nanti.

Penumpang telah membeli pakej pelancongan seperti Island Hopping, Day Cruise, City Tour & juga berbasikal sekitar Langkawi.

Kira-kira lebih 50 trip tour berjaya dijual sepanjang hari ini. Melibatkan 22 buah bas, 20 buah van dan teksi disediakan oleh pemain industri bagi menyambut ketibaan penumpang Mein Schiff 5 sebentar tadi.