Tahun 2024 telah menyaksikan penyertaan sebanyak 32 bot dengan 240 peserta dari 23 negara. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Komodor Royal Langkawi Yacht Club, YM Tunku Dato’ Yaacob Khyra bersama tetamu kehormat Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Cuaca dan juga kelajuan angin menjadikan pertandingan tahun ini lebih mencabar dan sengit bagi merebut kategori acara yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan kali ini ;

 Prime Minister’s Challenge Trophy – Witchcraft
 RLYC Commodore’s Challenge Trophy – Marikh
 LADA-IRC Challenge Trophy – Mata Hari
 PSC-IRC 2 Challenge Trophy – The Blue Angel
 Malaysia Multihull Challenge Trophy – Twin Sharks
 Langkawi Sports Challenge Trophy – RSYC Racing Team
 Tunku Abdullah Sportsmanship Award – Mata Hari

Majlis penutup acara ini juga dihadiri oleh Y.Bhg Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan 2025.

#lada #lembagapembangunanlangkawi #langkawibestwey #langkawi99magicalislands #RoyalLangkawiInternationalRegatta