2020

MAJLIS PELANCARAN MyCar SEBAGAI PERKHIDMATAN E-HAILING RASMI LANGKAWI GREAT SALE 2020 (LANGKAWI x MyCar)

Langkawi, 6 September 2020 – Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan terhadap seluruh dunia terutamanya sektor pelancongan. Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama negara tidak terkecuali daripada cabaran bagi memulihkan semula ekonominya. Ekonomi Langkawi mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada sektor pelancongan sehingga kira-kira 70 peratus. Oleh itu, bagi meminimumkan impak negatif wabak tersebut [...]

MAJLIS PELANCARAN MyCar SEBAGAI PERKHIDMATAN E-HAILING RASMI LANGKAWI GREAT SALE 2020 (LANGKAWI x MyCar)2022-12-06T16:21:37+08:00

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR LANGKAWI (A-KAWI)

Langkawi, 19 Ogos 2020 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama strategik Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPD), Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Langkawi (A­ Kawi) dari 16 hingga 19 Ogos 2020. Program ini merupakan salah satu daripada segmen pembangunan modal insan komuniti yang dilaksanakan bagi [...]

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR LANGKAWI (A-KAWI)2022-12-07T08:43:38+08:00

MAJLIS PELANCARAN INISIATIF PELANCONGAN DI BAWAH PELAN HALA TUJU EKONOMI LANGKAWI (HELANG)

Langkawi, 15 Ogos 2020 – Pemulihan ekonomi Langkawi merupakan fokus utama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada masa ini. Susulan kemerosotan ekonomi dunia akibat penularan wabak COVID- 19, Langkawi yang mempunyai kebergantungan tinggi kepada sektor pelancongan iaitu pada kadar 70 peratus turut menerima kesan yang besar. Bagi mengelakkan industri pelancongan Langkawi lumpuh, LADA berusaha untuk [...]

MAJLIS PELANCARAN INISIATIF PELANCONGAN DI BAWAH PELAN HALA TUJU EKONOMI LANGKAWI (HELANG)2022-12-07T08:43:42+08:00

MAJLIS PELANCARAN PROJEK RINTIS INTEGRASI PERTANIAN DAN PERIKANAN SERTA PRA PELANCARAN AYER HANGAT VILLAGE (AHV) BERWAJAH BARU

Langkawi, 15 Julai 2020 – Mendepani cabaran pembangunan ekonomi di Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan DXN Agrotech Sdn. Bhd. telah menjalin kerjasama strategik bagi melaksanakan Projek Rintis lntegrasi Pertanian dan Perikanan. lnisiatif ini adalah salah satu tindakan yang diketengahkan oleh LADA semasa pelancaran Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi, yang kini diberi nama Hala [...]

MAJLIS PELANCARAN PROJEK RINTIS INTEGRASI PERTANIAN DAN PERIKANAN SERTA PRA PELANCARAN AYER HANGAT VILLAGE (AHV) BERWAJAH BARU2022-12-07T08:43:47+08:00

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PEMULIHAN EKONOMI LANGKAWI (PTPEL)

Langkawi, 31 Mei 2020 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang merangka satu Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi (PTPEL). Objektif pelan ini adalah untuk memulihkan ekonomi Langkawi yang terjejas kesan daripada penularan wabak COVID-19 serta sekatan perjalanan dan sempadan. Pelaksanaan pelan ini adalah berdasarkan tiga (3) teras utama yang didukung oleh 10 strategi dan [...]

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN PEMULIHAN EKONOMI LANGKAWI (PTPEL)2022-12-07T08:43:50+08:00

PROGRAM RAMADHAN Fl QALBI

Langkawi, 19 Mei 2020 – Bermula dari 19 hingga 21 Mei 2020, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama strategik Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) akan melaksanakan Program Ramadhan Fi Qalbi 2020. Program ini merupakan salah satu segmen program pembangunan kerohanian atau kebajikan komuniti Langkawi yang dilaksanakan melalui kaedah [...]

PROGRAM RAMADHAN Fl QALBI2022-12-07T08:43:58+08:00

MAJLIS PELANCARAN VIDEO DOKUMENTARI MIKRO LANGKAWI

Langkawi, 3 September 2020 – Secara umumnya, industri pelancongan negara telah mengalami kejatuhan dan berhadapan dengan impak besar apabila dunia digemparkan dengan penularan wabak COVID-19. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selaku agensi persekutuan di pulau ini telah mengambil inisiatif menyediakan Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi @ HELANG bagi memulihkan semula ekonomi penduduk setempat. Di bawah [...]

MAJLIS PELANCARAN VIDEO DOKUMENTARI MIKRO LANGKAWI2022-12-07T08:44:00+08:00

PROGRAM RETRAINING AND UPSKILLING OF LANGKAWI TOURISM FRONTLINERS

Langkawi, 8 Julai 2020 – Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi yang telah dikongsikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 31 Mei 2020 yang lalu kini telah mula dilaksanakan dengan inisiatif quick win bagi menghidupkan kembali pembangunan pelancongan di Langkawi. la bertepatan dengan Strategi Promosi Pelancongan yang memfokuskan kepada nilai-nilai baru pelancongan bersesuaian dengan norma baru [...]

PROGRAM RETRAINING AND UPSKILLING OF LANGKAWI TOURISM FRONTLINERS2022-12-07T08:44:03+08:00

PERKONGSIAN PINTAR ANTARA LADA DAN PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN BAGI MEMPROMOSIKAN LANGKAWI

Langkawi, 30 Januari 2020 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah merancang beberapa program perkongsian pintar bersama pemain industri pelancongan dan mempromosikan Langkawi. Beberapa program jangka pendek dan jangka panjang telah dirangka bagi memberi fokus kepada pasaran domestik, rantau ASEAN, short-haul dan medium-haul. Antara program yang dirancang ialah: • Kempen Tala Mai Langkawi bagi pasaran [...]

PERKONGSIAN PINTAR ANTARA LADA DAN PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN BAGI MEMPROMOSIKAN LANGKAWI2022-12-07T08:44:07+08:00
Go to Top