Langkawi, 19 Ogos 2020 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama strategik Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPD), Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) telah menganjurkan Anugerah Kecemerlangan Langkawi (A­ Kawi) dari 16 hingga 19 Ogos 2020. Program ini merupakan salah satu daripada segmen pembangunan modal insan komuniti yang dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Langkawi yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan pada tahun 2019. Pada tahun ini, seramai 93 orang pelajar cemerlang telah diraikan yang terdiri daripada pelajar UPSR, PT3, SPM dan STPM dari pelbagai sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Langkawi.

Kaedah pelaksanaan program pada kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya. Program pada kali ini dilaksanakan selama empat (4) hari bagi mengelakkan berlakunya perhimpunan pelajar. la juga sebagai langkah untuk mematuhi arahan kerajaan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi bagi menjaga kesihatan dan keselamatan semua pihak. Perjalanan program dilaksanakan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta penyediaan hand sanitiser. Semua tetamu dan penerima yang hadir adalah digalakkan menjaga kebersihan diri, mengelakkan bersesak di tempat sempit serta mematuhi prosedur operasi standard.

Maklumat penerima A-Kawi adalah seperti berikut:

  • i. Kategori UPSR – 15 Penerima
  • ii. Kategori PT3 – 15 Penerima
  • iii. Kategori SPM – 26 Penerima
  • iv. Kategori STPM – 17 Penerima
  • v. Kategori Sekolah Terbaik UPSR – Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu
  • vi. Kategori Sekolah Menengah Terbaik SPM – Maktab Mahmud Langkawi
  • vii. Kategori Sekolah Rendah Terbaik Geopark – Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka
  • viii. Kategori Sekolah Menengah Terbaik Geopark – Maktab Mahmud Langkawi
  • ix. Kategori Lonjakan Perdana Sekolah Rendah – Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Min Nam
  • x. Kategori Lonjakan Perdana Sekolah Menengah – Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra
  • xi. Kategori Ikon Terbaik UPSR – Nur Mylia Sofea bt Abdullah (SK Seri Negeri)
  • xii. Kategori Ikon Terbaik PT3 – Aida Sakinah bt Mat Aziz (SMK Tunku Putra)
  • xiii. Kategori Ikon Terbaik SPM – Sharol Cheah Xue Rou (SMK Mahsuri)
  • xiv. Kategori Ikon Terbaik STPM – Noor Sahirah bt Sakeri (SMK Tunku Putra)

LADA berharap program seperti ini akan terus memberikan motivasi dan
peluang kepada pelajar-pelajar Langkawi untuk terus berjaya dan cemerlang pada masa hadapan. LADA dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi juga akan terus bekerjasama bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bitara seterusnya dapat memartabatkan sistem pendidikan dan pencapaian anak Langkawi ke tahap yang lebih unggul.

-TAMAT-

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
19 Ogos 2020

____________________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit
Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.