Skip to content

bicycle

About bicycle

This author has not yet filled in any details.
So far bicycle has created 1530 blog entries.

SESI BRAINSTORMING DAN LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN RECOVERY

LADA, dalam Sesi Brainstorming Dan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Recovery, telah melawat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 12 September 2022. Lawatan diketuai oleh Pn. Norzulaily binti Ahmad Kamal, Timbalan Pengurus Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan LADA bersama 11 orang pegawai LADA yang terdiri daripada Seksyen Pengurusan Aset, [...]

SESI BRAINSTORMING DAN LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN RECOVERY2022-09-22T14:29:06+08:00

PROGRAM PROMOSI ANTARABANGSA: TOURISM MALAYSIA ROADSHOW

2 orang pegawai dari Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menghadiri Program Promosi Antarabangsa: Tourism Malaysia Roadshow bertempat di Moscow, Russia. Sesi B2B ini disertai oleh 9 ejen pelancongan dari Malaysia dan 2 buah organisasi pelancongan negeri iaitu LADA dan Tourism Selangor bertempat di InterContinental, Moscow. Sesi ini telah dihadiri oleh 72 agen pelancongan [...]

PROGRAM PROMOSI ANTARABANGSA: TOURISM MALAYSIA ROADSHOW2022-09-19T15:14:48+08:00

1,640 PEMINAT SUKAN BERBASIKAL DARI 7 NEGARA BANJIRI LANGKAWI

Langkawi, 10 September 2022 – Pulau Langkawi sekali lagi menjadi tumpuan peminat sukan berbasikal pada Kejohanan Langkawi Legendery Ride 2022. Acara ini merupakan edisi kedua dengan jumlah 1,640 penyertaan dari tujuh (7) buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Great Britain, Thailand, Australia, Netherland dan Perancis, selain penyertaan tempatan. Acara ini merupakan penganjuran bersama di antara [...]

1,640 PEMINAT SUKAN BERBASIKAL DARI 7 NEGARA BANJIRI LANGKAWI2022-12-12T16:39:35+08:00

LADA – WAIS PERKASA SENI JIKEY LANGKAWI

Langkawi, 31 Ogos 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Anak Inspirasi Seni (WAIS) dalam usaha untuk memartabatkan Jikey iaitu seni warisan budaya Langkawi. Usaha ini dizahirkan dengan penganjuran Bengkel Bersama Adiguru Jikey- Pemindahan Ilmu Kepada Generasi Baru bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Bengkel ini merupakan satu medium dalam pemindahan ilmu [...]

LADA – WAIS PERKASA SENI JIKEY LANGKAWI2022-12-12T16:24:33+08:00

LANGKAWI – SATUN JALIN KERJASAMA MELALUI AKTIVITI KAYAK

Langkawi, 25 Ogos 2022 – Ekspedisi Geopark Transborder Sea Kayak anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan program pertama kerjasama antara Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dan Satun UNESCO Global Geopark (SUGG) pasca pandemik. Program ini dilaksanakan untuk mengeratkan semula hubungan baik di antara dua negara dan wilayah geopark selepas terputusnya hubungan akibat serangan pandemik [...]

LANGKAWI – SATUN JALIN KERJASAMA MELALUI AKTIVITI KAYAK2022-12-11T16:00:36+08:00

KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) LANGKAWI 2022

Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) Langkawi 2022 telah berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2022. Sebanyak 11 pasukan remaja negeri termasuk pasukan remaja kebangsaan telah menyertai kejohanan ini. JCM Stage Race kali ini menampilkan perlumbaan 3 peringkat dengan keseluruhan jarak 162km dimana pelumba menempuhi kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi pada 12 dan 13 Ogos 2022 serta [...]

KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) LANGKAWI 20222022-08-24T15:15:19+08:00

GOTONG ROYONG PENGINDAHAN LAMAN PADI

Gotong Royong Pengindahan Laman Padi Fasa Pertama telah dilaksanakan pada 15 hingga 16 Ogos 2022. Gotong royong ini melibatkan kakitangan LADA dan dibantu oleh kakitangan Restoran Kerisik serta kakitangan cuci bersih yang menumpukan kerja-kerja mengecat tiang, bebendul jalan dan memperkemas tempat meletak kenderaan di Laman Padi. Matlamat utama gotong royong adalah untuk mengindahkan dan meningkatkan [...]

GOTONG ROYONG PENGINDAHAN LAMAN PADI2022-08-24T15:06:53+08:00

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA 2021

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA 2021 telah diadakan dengan gilang gemilang dan disempurnakan penyampaian kepada 30 orang penerima oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Muhamad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah Merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi. [...]

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA 20212022-08-24T14:49:12+08:00

LANGKAWI WRITERS FESTIVAL (LWF) 2022

Bengkel Puisi sempena penganjuran Langkawi Writers Festival (LWF) 2022 telah berlangsung pada 18 Ogos 2022 bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Seramai 37 peserta terdiri daripada para pelajar dan guru daripada SMK Tunku Putra, SMK Kedawang, SMK Mahsuri, SMK Langkawi, Maktab Mahmud dan juga SK Seri Negeri telah mengambil bahagian. [...]

LANGKAWI WRITERS FESTIVAL (LWF) 20222022-08-24T11:28:34+08:00
Go to Top