Langkawi, 21 Jun 2023 – Bengkel Pemasaran Digital Maxis eKelas Usahawan telah diadakan pada 20 Jun 2023 bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Bengkel ini merupakan kerjasama di antara LADA bersama pihak Maxis dan dikendalikan oleh penceramah dari Maxis iaitu En. Khairul Ikhwan bin Zulkefly dan En.Mohd. Danial Fikry bin Mohd. Marizd.

Seramai 101 orang telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada usahawan Langkawi, jabatan kerajaan dan swasta. Melalui bengkel ini para peserta telah didedahkan dengan ilmu berkaitan strategi pemasaran digital, fotografi, penyuntingan gambar, penulisan kreatif dan perancangan kempen iklan.

Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat dan dapat menambah ilmu baru kepada usahawan untuk terus meningkatkan produktiviti dan memajukan perniagaan mereka.