Bengkel ini telah dijadualkan berlangsung bagi tempoh 3 Hari iaitu bermula pada 13-15 Januari 2020 di MyAngkasa Akademi & Resort Langkawi. Seramai 47 orang pegawai dan kakitangan LADA yang terdiri daripada pelbagai unit/bahagian telah terlibat di dalam bengkel ini. Antara objektif utama pelaksanaan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail LADA adalah,

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan sistem dan klasifikasi fail kerajaan; dan

2. Sebagai langkah awal untuk menyediakan klasifikasi fail yang menepati Panduan Pembangunan Klasifikasi Fail Pejabat Awam yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.

Arkib Negara Malaysia telah mengenal pasti klasifikasi fail berdasarkan fungsi sebagai kaedah yang paling sesuai untuk diamalkan oleh pejabat awam di Malaysia.
Kaedah ini dapat menyediakan keseragaman di seluruh sektor awam dalam cara rekod diwujudkan, disimpan dan digunakan di samping memudahkan pencapaian maklumat dan perkongsian maklumat. Penyediaan klasifikasi fail fungsian ini juga merupakan salah satu pra-syarat dalam pelaksanaan penggunaan aplikasi pengurusan rekod elektronik. Dalam hal ini, LADA terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penambahbaikan dan sistem pengurusan fail yg lebih cekap dan teratur.