Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) bersama Asia Pacific Geopark partners sedang menyambut 2nd Asia Pacific Geopark Network (APGN) Week 2021 yang berlangsung dari 22 hingga 28 April 2021. Bersempena dengan sambutan ini, LADA menerusi Bahagian Pelancongan telah menganjurkan program bual bicara bertajuk : Pembentukan Bumi Dari Perspektif Agama dan Sains pada 26/4/2021 (Isnin), jam 9.00pagi bertempat di Auditorium LADA. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tn. Hj. Rohaizad bin Rashid.
Perkongsian ilmu ini telah diterajui oleh moderator En. Mazlan bin Md Isa dan telah disampaikan oleh Cik Rasanubari Asmah Rahmah( Resident Geologist LUGGp) dan Ustaz Suhaimi bin Shuib (penceramah bebas). Selain pembentukan bumi, topik yang turut dikongsikan termasuklah mengenai pembentukan alam semesta serta perkongsian bukti-bukti kejadian bumi melalui 7 fasa yang dinyatakan di dalam AL-QURAN. Seramai 120 peserta daripada kakitangan LADA, agensi Kerajaan serta Geopark ICON telah menyertai program ini dan mendapat manfaatnya. Peserta juga bukan sahaja berjaya meningkatkan penghayatan mengenai kejadian bumi sama ada dari sudut agama dan sains, malah mendapat kesedaran akan kepentingan menjaga khazanah alam yang tiada nilai tandingnya.

#LangkawiUNESCOglobalgeopark