Pusat Penyelidikan Polimer (PORCE), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan persidangan antarabangsa Malaysia Polymer International Conference 2023 (MPIC 2023) bertempat di Bayview Langkawi pada 13 hingga 15 September 2023.

Persidangan ini merupakan persidangan antarabangsa yang diadakan setiap 2 tahun sekali sejak tahun 2009. Tahun ini merupakan persidangan kali ke-8 dan dibuat di Langkawi. Persidangan ini akan disertai oleh beberapa peserta daripada Thailand, India, Australia dan Kazakhstan. Seramai 110 orang peserta akan menghadiri persidangan ini. Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99MagicalIsland