Program GEOEducational Cruise Bersama Agensi/Jabatan di LANGKAWI telah berlangsung selama dua hari iaitu mulai 16 Disember hingga 17 Disember 2019.
Objektif program adalah bagi memberi informasi terkini mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark kepada semua wakil-wakil agensi dan jabatan yang berkhidmat di Langkawi. Selain itu, LADA juga yakin bahawa program sebegini dapat meningkatkan kefahaman peserta disamping terus melahirkan lebih ramai duta Geopark di Langkawi. Inisiatif ini secara tidak langsung mempelbagaikan kaedah penyebaran informasi berkaitan Langkawi UNESCO Global Geopark seterusnya meningkatkan kesedaran akan keistimewaan Langkawi di mata dunia. Semua peserta yang terlibat dibawa belayar dengan kapal tajaan Tropical Charters Sdn Bhd di sekitar Pulau Dayang Bunting sambil menikmati pemandangan indah landskap kepulauan yang unik dan istimewa. Program GEOEducational Cruise ini telah berjaya menarik sebanyak 100 penyertaan dari agensi dan jabatan kerajaan di Langkawi.