Langkawi, 29 Ogos 2023 – Seramai 32 orang peserta telah menyertai acara yang luar biasa iaitu “Ekspedisi Kayak Transborder Geopark” yang berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2023. Penganjuran kali kedua ini, merupakan program kerjasama antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Diraja Malaysia Akademi Kastam (AKMAL), Langkawi dan Kelab Kanu Helang.

Jarak kayuhan sejauh 50km diantara Jeti Penumpang Kuah ke Jeti Tammalang Satun, Thailand dijangkakan akan mengambil masa diantara 6 sehingga 8 jam bergantung kepada keadaan cuaca. Kumpulan pekayak ini akan disambut oleh kumpulan pekayak dari Satun UNESCO Global Geopark di sempadan perairan Negara. Matlamat penganjuran ini ialah menzahirkan hubungan kerjasama yang telah terjalan diantara Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) bersama Satun UNESCO Global Geopark selain mempromosi LUGGp secara amnya.