Tarikh : 5 Mac 2020 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Foyer Blok A, Kompleks Dermaga Tanjung Lembung

Program Jom Derma Darah 2020 ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif, LADA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Langkawi Port Sdn Bhd pada pagi tadi. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Pelabuhan Tanjung Lembung (KSKPTL) dan juga Hospital Sultanah Maliha (HSM).

Program seumpama ini telah diadakan sebanyak 3 kali sebelum ini iaitu bermula tahun 2017 (97 orang penderma), tahun 2018 (94 orang penderma) & pada tahun 2019 seramai 67 orang penderma. Pihak penganjur berharap pada tahun ini, jumlah penderma akan meningkat dan membantu mereka yang memerlukan kelak. Oleh itu, seluruh masyarakat Langkawi adalah diseru untuk beramai-ramai ke Pelabuhan Tanjung Lembung pada hari ini.

Kelainan turut ditampilkan pada tahun ini dengan penyertaan dari agensi kerajaan dan pihak swasta yang mengadakan pameran disamping turut menderma darah seperti:

1. Jabatan Perangkaan Malaysia
2. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
3. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
4. Bank Kerjasama Rakyat
5. Andalusia travel & Tours Sdn Bhd
6. Unit Farmasi & Unit Organ Hospital Sultanah Maliha