LANGKAWI, 17 Ogos 2023- Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama PUSPANITA LADA, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan LADA (KSKL) telah menganjurkan program Jom!Rewang Bubur Asyura Bersama Komuniti Langkawi 2023 bertempat di ruang parkir LADA. Pertandingan kacau bubur asyura ini telah disertai oleh 18 kumpulan yang mewakili 6 mukim di Langkawi. Pemenang bagi program kacau bubur asyura ini telah dimenangi oleh mukim Padang Matsirat bagi tempat pertama serta tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh mukim kuah. Pemenang tersebut masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000, RM500.00 dan RM300 setiap kumpulan.

#komunitilangkawi
#ladakomuniti