LADA bersama anak syarikat iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) telah bekerjasama bagi menjayakan projek tanaman sayur-sayuran untuk membantu komuniti yang terkesan oleh pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara dan dunia.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) yang bertujuan memberi galakan kepada komuniti Langkawi untuk menceburi sektor ekonomi baru iaitu pertanian.

Tanaman yang diusahakan di LADA-PLSB Farm, LISRAM adalah bebas racun dan separa organik. Antara tanaman yang diusahakan oleh para peserta ialah sawi, kangkung, bayam dan kacang bendi. Tonton dan ikuti pengalaman Pn. Azizah dan En. Rozlan dalam mengusahakan inisiatif ini.

#LangkawiBangkit
#ProjekEkonomiBaru
#Pertanian
#HELANG
#kitajagaLangkawi