LANGKAWI, 30-31 JULAI 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPD) telah menganjurkan kejohanan Catur MSSD Langkawi Tahun 2023. Kejohanan ini telah disertai oleh pelajar- pelajar sekolah di sekitar Langkawi iaitu seramai 138 orang bagi sekolah rendah dan 129 orang sekolah menengah. Acara yang diadakan selama 2 hari ini telah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Sunagi Menghulu bagi kategori sekolah rendah manakala kategori sekolah menengah pula telah dimenangi oleh Maktab Rendah Sains MARA Langkawi.

#LADAdankomuniti
#LADAandcommunity
#LADALangkawi