Langkawi – Syarikat agensi pelancongan Globe All India Services Limited telah membawa masuk kumpulan MICE daripada Syarikat Ramco Cements (India) ke Langkawi seramai 120 orang secara berperingkat bermula pada 18 Januari 2024. Syarikat ini merupakan salah satu pengeluar simen terbesar di India serta mempunyai rangkaian peniaga dan pengedar yang luas.

Kumpulan MICE Syarikat Ramco Cements (India) bagi peringkat pertama ini tiba di Langkawi dan menginap di Berjaya Langkawi Resort selama 4 hari 3 malam di pulau ini. Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa tiket masuk ke Langkawi SkyCab.

Kehadiran kumpulan ini dapat memberi limpahan ekonomi terutama kepada penduduk tempatan dan pemain industri pelancongan Langkawi. Dijangkakan kumpulan seterusnya akan tiba di Langkawi pada 23 Januari 2024 dan 1 Mac 2024.
#NaturallyLangkawi #LangkawiBestWey #Langkawi99magicalislands