Muar Holiday Tours & Express Transport Sdn. Bhd. telah membawa masuk seramai 409 orang daripada Eostre Bhd. Kumpulan MICE ini telah berkunjung ke Langkawi pada 1 hingga 3 Februari 2023. Muar Holiday Tours & Express Transport Sdn. Bhd. merupakan agensi pelancongan daripada Johor yang berusaha membawa masuk kumpulan MICE ke Langkawi hasil daripada Networking B2B Langkawi – Johor di Johor Bahru pada tahun 2022.

Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa persembahan kebudayaan dan juga tiket masuk ke Langkawi SkyCab. Kehadiran kumpulan ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan produk-produk pelancongan ikonik yang terdapat di Pulau Langkawi.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99magicalislands