Festival Walk The Doc International Documentary berlangsung di Langkawi pada 1 hingga 3 Ogos 2023 dengan 150 orang delegasi dan menginap di Hotel Mercure Langkawi, Pantai Cenang.

Program ini merupakan edisi ke-2 penganjurannya di Pulau Langkawi. Festival ini memfokuskan kepada segmen videography alam semula jadi, budaya, flora dan fauna serta pengembaraan berkaitan pelancongan. Dengan adanya festival ini secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan Langkawi apabila hasil daripada video tersebut di tayangkan di media sosial tempatan dan antarabangsa. Selain itu, industri perfileman dapat membantu meningkatkan aktiviti pelancongan di Langkawi dengan dokumentari yang menarik dan mampu menggamit para pelancong dari dalam dan luar negara.

Kumpulan ini telah menerima insentif MICE daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berupa makan malam, persembahan kebudayaan dan Fam Trip ke Dayang Bunting Marble Geoforest Park.

#NaturallyLangkawi
#LangkawiBestWey
#Langkawi99MagicalIsland