Langkawi, 28 Oktober 2021 – Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Diraja Thailand, Pulau Pinang, TYT Raschada Jiwalai telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Turut mengiringi beliau adalah dua orang pegawai dari Tourism Authority of Thailand (TAT).

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak Konsulat Jeneral Diraja Thailand dan LADA. Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor pelancongan secara dua hala antara Langkawi dan Phuket serta destinasi pelancongan lain di Selatan Thailand.

Semoga kerjasama ini dapat direalisasikan bagi mengembalikan kelancaran aliran ekonomi kedua-dua negara.