8 Mac 2020
LADA mengalu-alukan kunjungan hormat Puan Norhafizoh, Timbalan Pengarah Penyiaran Langkawi fm bersama Puan Rosmawati, Ketua Bahagian Penyiaran Langkawi fm ke LADA pada tengah hari.

YBhg Dr Hezri telah meluangkan masa kira-kira 1 jam bersama Puan Norhafizoh dan Puan Rosmawati bagi membincangkan peluang kerjasama antara LADA dengan Langkawi fm dalam menyampaikan maklumat serta mempromosikan Langkawi kepada pendengar radio Langkawi fm. Turut dibincangkan peluang kerjasama strategik antara LADA, Langkawi fm, Nasional fm dan Selamat Pagi Malaysia bagi liputan yang lebih meluas.