Langkawi, 29 Mac 2022 – Seramai enam orang pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk berkenaan pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LHDNM bersama komuniti Langkawi. Selain sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan Langkawi bagi menerangkan mengenai bantuan dan geran oleh kerajaan, aktiviti lain yang boleh diterokai oleh pihak LHDNM pada masa depan ialah penanaman bakau menerusi Program Geomangrove dan aktiviti pembersihan geosite menerusi Program Geosite Clean-Up.

Semoga program yang bakal dilaksanakan oleh LHDNM akan memberi manfaat kepada komuniti Langkawi.