Langkawi, 15 Jun 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Kursus Adobe Illustrator (AI) selama dua hari bermula pada 14 Jun 2023 hingga 15 Jun 2023 bertempat di Ruang Daya Cipta STIE, Kompleks LADA. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Mohd. Shahrul Nizam bin Awang, Penolong Pegawai Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Pembangunan Langkawi.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 23 orang yang terdiri daripada usahawan Langkawi, tenaga pengajar dan kakitangan LADA. Melalui kursus ini para peserta telah diberi pendedahan dan bimbingan tentang asas editing menggunakan Adobe Illustrator bagi menghasilkan pelbagai gambar digital dan bercetak seperti grafik, logo dan illustrasi.

Peluang ini perlu diambil oleh semua usahawan Langkawi di mana penggunaan media sosial merupakan merupakan saluran yang baik untuk mempromosikan dan memperkenalkan jenama atau produk mereka kepada orang ramai.

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta untuk terus meningkatkan produktiviti kerjaya dan memajukan perniagaan mereka.