Langkawi, 20 Nov 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Daerah Langkawi APMLangkawi telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Renang dan Keselamatan Air Siri 2/2023 dengan jayanya.

Kursus ini diadakan di Panorama Resort Langkawi yang melibatkan seramai 39 peserta dan 6 orang pelatih serta 3 orang urusetia.

Antara agensi yang terlibat adalah wakil daripada anak syarikat LADA, Langkawi PORT – Dermaga Tanjung Lembung, Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi Underwater World Langkawi, pemandu pelancong, malim gunung, kelab kayak dan kakitangan hotel.

Kursus ini bertujuan untuk memastikan penggiat industri pelancongan Langkawi mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya mampu bertindak segera bagi menyelamatkan mangsa jika berlaku kemalangan semasa mengadakan aktiviti di air, serta menstabilkan mangsa sementara pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Pada akhir sesi, peserta dibekalkan sijil penyertaan kursus daripada pihak APM Langkawi dan penyerahan ini telah disempurnakan oleh pegawai APM Langkawi, Tuan LT (PA) Mohd Faezie.

Cari gambar masing-masing Untuk video, sila rujuk di ruangan komen.
Jumpa pada tahun hadapan..

#lada
#langkawi
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#malaysiamadani
#langkawibestwey
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#NaturallyLangkawi