Langkawi, 27 September 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerusi bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan telah mengadakan Kursus Capcut Video Editing LADA selama 2 hari iaitu 26-27 September 2023 yang bertempat di Ruang Daya Cipta (RDC) STIE, Kompleks LADA.

Kursus ini disertai oleh seramai 20 orang usahawan Langkawi dan dikendalikan oleh Pensyarah daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) iaitu Encik Haji Rizham Bin Ibni.

Objektif utama kursus adalah untuk mendedahkan para usahawan tentang teknik-teknik asas mewujudkan video pemasaran yang ringkas dan berkualiti dalam membina jenama syarikat disamping meningkatkan sasaran jualan.

Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada usahawan yang menyertai dan diharapkan ilmu yang dipelajari akan diaplikasikan dalam perniagaan mereka.

#usahawanlada
#lada
#komunitilangkawi#JomLangkawi
#langkawi
#ladalangkawi
#lada
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#MalaysiaMadani
#naturallylangkawi
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark