Langkawi, 20 November 2023 (Isnin) – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan telah mengadakan Kursus Asas Fotografi Produk Kreatif Untuk Usahawan Langkawi yang bertempat di Ruang Daya Cipta (RDC), STIE Kompleks LADA bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Seramai 22 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada usahawan serta wakil daripada agensi dan syarikat. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ts Ellyana Mohd Muslim Tan, Pensyarah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.