Kursus Seni Mempertahankan Diri Bagi Anggota Pengawal Keselamatan LADA telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 & 12 November 2019 bertempat di Dewan Futsal, Kompleks Sukan Langkawi. Perancangan pelaksanaan kursus ini adalah selaras dengan Pelan Operasi Latihan Tahunan LADA 2019 yang merupakan anjuran Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, LADA.

Kursus ini dilaksanakan sebanyak dua (2) sesi iaitu Sesi Pertama pada 11 November 2019 dan Sesi Kedua pada 12 November 2019. Kursus ini telah dikendalikan oleh Jurulatih daripada Pusat Latihan Polis Langkawi (PULAPOL) iaitu Sarjan Adenan Bin Mat Daud dan Sarjan Sayuti Bin Karim.

Selain itu, seramai 49 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan objektif penganjuran kursus ini adalah untuk:

  •  Memperkasakan seni mempertahankan diri di kalangan anggota pengawal keselamatan LADA; ii. Memantapkan pengetahuan dan kefahaman mengenai teknik mempertahankan diri yang berkesan; dan iii. Membanteras sebarang pencerobohan di Kawasan/tanah milik LADA.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan teknik-teknik seni mempertahankan diri yang berfokuskan kepada:

  •  Asas Tumbukan dan Sepakan Karate-do; ii. Asas Tumbukan dan Tangkisan Karate-do; iii. Teknik Gulingan Karate-do; dan iv. Teknik Kuncian Aikido

Sesi Pertama:11/11/2019 (Isnin)

Peserta program adalah terdiri daripada 2 orang wanita dan 23 orang lelaki Pengawal Keselamatan LADA.

Sesi Kedua:12/11/2019 (Selasa)

Peserta program terdiri daripada 4 orang wanita dan 21 orang lelaki Pengawal Keselamatan LADA.