Alhamdulillah, selesai sudah sesi serahan projek pembekalan kipas siling sebanyak 195 unit kepada 23 buah sekolah di sekitar Langkawi. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA kepada Haji Mohamad Kamal Bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi.

Semoga penyerahan bantuan projek kecil komuniti ini akan memberikan persekitaran bilik darjah yang kondusif kepada para pendidik dan pelajar seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan akademik Daerah Langkawi serta memberi keselesaan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Kewangan

#ladadankomuniti #lembagapembangunanlangkawi #pejabatpendidikandaerahlangkawi #pembangunanmodalinsan #kearahmeningkatkankualitihidupmasyarakat #komunitisejahtera #pembangunankomunitilangkawi