18 November 2023 (Sabtu) – Telah berlangsung Kejohanan Piala Tuba : Liga Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Tuba FC. Sebanyak 22 pasukan telah berentap pada 17 dan 18 November 2023 (Jumaat & Sabtu). Sebanyak 8 pasukan daripada Pulau Tuba dan 14 pasukan daripada Langkawi dan Alor Setar. Dianggarkan Pulau Tuba menerima lebih daripada 400 orang pelawat sempena kejohanan tersebut.

LADA telah menaja hadiah bagi kejohanan tersebut. Manakala pihak Anggerik Tent telah menaja hadiah cabutan bertuah dan hadiah utama iaitu sebuah motosikal bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Mewakili LADA bagi majlis penyampaian hadiah adalah Pn. Lina Pengurus Unit Khidmat Korporat (UKK) dan En. Shauqi, Penolong Pengurus, UKK.

Terima kasih diucapkan kepada penganjur utama dan semua pihak yang terlibat. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pasukan serta pasukan yang telah memenangi kejohanan ini.

#lada
#langkawi
#lembagapembangunanlangkawi
#langkawibangkit #kitajagakita #kalaubukankitasiapalagi
#malaysia
#malaysiamadani
#ladabersamakomuniti
#csrlada
#terimakasihlada
#thankyoulada