6 Januari 2024 (Sabtu) – Jelas terpancar wajah-wajah kegembiraan peserta apabila Program Sukaneka Penduduk Taman Nilam berlangsung dengan meriah sekali melibatkan penyertaan hampir 250 orang komuniti setempat.

Persatuan Penduduk Taman Nilam mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini dengan kerjasama LADA bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan ikatan kekeluargaan di antara penduduk di taman tersebut. Pelbagai acara yang dipertandingkan bagi kategori kanak-kanak, remaja, dan dewasa seperti Bowling Padang, Main Bedak, Bola Ping Pong Dalam Sudu, Pecah Belon di Kaki, dan lain-lain lagi.

En. Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Penolong Pengurus Unit Khidmat Korporat, LADA telah hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah dan pertandingan kepada para pemenang.

Program turut diserikan dengan kehadiran ADUN Ayer Hangat, Yang Berhormat Cik Shamsilah Siru yang meluangkan masa untuk berkenalan dan beramah mesra dengan keluarga penduduk, sekaligus menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan.

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #LADAbersamakomuniti