Langkawi, 15 Mac 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) LADA telah menganjurkan program “LANGKAWIAN! LET’S BE FUNFIT”. Penganjuran program ini adalah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun LADA yang ke-33.

Program ini telah berjaya mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan komuniti setempat serta para pelancong. Program ini disertai lebih dari 150 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat, kelab-kelab Zumba Langkawi dan beberapa agensi kerajaan di sekitar Langkawi.

Pelbagai hadiah telah dipertandingkan sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah The Most Energetic, The Most Sporting dan The Best Costume.

Program ini turut diserikan dengan acara cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM550.00.

#lembagapembangunanlangkawi
#puspanitalada
#ladadankomuniti
#pembangunankomuniti
#komunitisejahtera