Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyertai Forum Pengalaman Destinasi PATA dan Mart 2023 (PDFM 2023) yang diadakan di Kuching Sarawak pada 21 hingga 23 Jun 2023 untuk mempromosikan Langkawi kepada delegasi acara ini.

PDMF menyenaraikan kehebatan penceramah yang berpengalaman dari industri pelancongan profesional seperti agensi pengembaraan, eko-pelancongan dan gastronomi daripada UNWTO, Expedia, Sojern, Maldives Tourism, Hos dan Juri Masterchef Asia/ Singapore, UNESCO dan pelbagai lagi.

Selain itu, LADA juga menjalankan networking dan kerjasama dengan pelbagai ‘buyers’ daripada sektor pelancongan bagi memasarkan Langkawi sebagai destinasi Eko-Geo bertaraf dunia. LADA juga adalah ahli PATA Malaysia dan PATA International yang membolehkan LADA mendapat faedah daripada aktiviti-aktiviti pelancongan anjuran PATA setiap tahun.

#PDMF2023
#NaturallyLangkawi #langkawigeopark #Langkawi99MagicalIslands
#LangkawiBestWey