Perbadanan Putrajaya telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada hari ini. Lawatan ini adalah bertujuan bagi mendapatkan informasi mengenai pengurusan pelanggan, peranan serta fungsi LADA serta perkembangan industri pelancongan Langkawi. Selain itu, sesi ini turut melibatkan percambahan fikiran berkaitan pengurusan aduan dan pengendalian hal ehwal pelanggan termasuk kajian kepuasan pelanggan. Ini merupakan lawatan kali kedua oleh Perbadanan Putrajaya ke LADA pada tahun ini dan ianya telah diterajui oleh Yang Teramat Mulia Tengku Aina bt Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Shah, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Putrajaya bersama 40 orang kakitangan. Sesi taklimat pada kali ini telah disampaikan oleh En Nor Azman Yusuf, Ketua Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Unit Khidmat Korporat.