Hari ini, 18 Disember 2019, Unit Khidmat Korporat LADA telah menerima lawatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan taklimat berhubung pembangunan dan industri pelancongan Langkawi serta hal ehwal pentadbiran jabatan yang dilaksanakan di LADA. Lawatan ini melibatkan seramai 20 orang peserta dengan diketuai oleh Encik Fathi bin Hj. Hambali, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. LADA telah diwakili oleh Pn. Nordiana Nordin, En Nor Azman Yusuf dari Unit Khidmat Korporat serta Puan Norasilah bt Amir dari Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan.