Lawatan ke projek-projek pembangunan di atas tanah milik LADA bersama Panel Penasihat Pelaburan LADA telah diadakan pada 25 Jun 2023. Lawatan ini diadakan bagi memberi gambaran yang jelas serta meninjau status pembangunan projek di Langkawi.

Antara projek-projek pembangunan yang telah dilawati termasuklah Langkawi Designer Outlet, Eco Resort & Adventure Park, Langkawi Agro Park, Perdana Quay, Teluk Burau, Eagle Nest Skywalk serta Menara MAHA Langkawi.