Langkawi, 12 Mei 2022 – YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah berkunjung ke Pusat Aktiviti Persatuan Warga Emas (PAWE) yang terletak di kawasan Klinik Kesihatan Kuah. Turut hadir bersama ialah Encik Azhar bin Ismail, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi.

Pusat ini aktif dalam menganjurkan pelbagai program dan kegiatan yang melibatkan warga emas, antaranya termasuklah kelas agama, aktiviti cucuk tanam, menjahit dan penghasilan produk kraftangan. Terkini, PAWE Langkawi juga berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan melalui penghasilan produk kerepek ubi kayu dan pisang. Semoga persatuan ini akan terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti perniagaan yang dapat memberi manfaat kepada seluruh warganya.