Lembaga Pembangunan Langkawi telah menerima lawatan kerja dari Perbadanan Labuan yag diketuai oleh Tn Hj Rithuan bin Hj Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan. Lawatan turut dihadiri oleh pegawai yang terdiri daripada Jabatan Pengurusan Maklumat dan Unit Perolehan Perbadanan Labuan.
Tujuan utama lawatan kerja ini adalah bagi melihat dengan lebih dekat keupayaan sistem Kewangan GRP 9.0 dan TenderWizard yang sedang digunakan oleh LADA termasuk berkongsi pengalaman semasa proses menaiktaraf sistem berkenaan sebelum ini.
Melalui lawatan kerja ini juga, pendedahan dan maklumat baru berkaitan pembangunan sistem dan pematuhan prosedur kewangan serta prosedur perolehan juga dapat ditambah baik demi kebaikan kedua-dua agensi kelak.